05/04/2013

02/04/2013

Aku harap aku dilahirkan dengan mata yang buta.
Apa? Aku tak bersyukur?
Tak, aku rasa aku akan lebih bersyukur jika aku dilahirkan dengan mata yang buta.
Tak perlu lagi aku melihat segala kesedihan dan kesakitan yang bakal aku alami.
Hanya tempuh sampai aku mati.
Sebab bagi aku, orang yang buta itu adalah lebih berani.
Berani mengambil risiko dengan apa yang bakal dirasai.
Meskipun sakit, tapi masih tidak dapat melihat apa yang terjadi.
Kerna jika benar dia boleh melihat, aku tidak rasa dia ingin hidup lagi.
Aku cuma mahu jadi berani, tanpa melihat sengketa duniawi.