02/10/2011

Peluru

tiba tiba perjalanan layar mindaku terhenti saat aku teringat akan kata kata kau ya dialog kau bersama teman aku walaupun kata kata itu tidak diacukan kepada aku tapi aku rasa pelurunya tepat terbenam dijantungku membuatkan ku sesak fikiran berdarah perasaanku rabak "asal xmessage?" "eh nie siapa nak kawan dengan siapa nie?" damnn walaupun senapang patah itu tidak diacukan kepada aku tapi getar takutnya jelas terasa peluh mengalir bagai disiram air badan ku gigil macam mandi jeram sejukk weyhh haha baru aku tahu apa erti kawan baru aku tahu apa erti nya kawan seperti aku pada kau aku yang terhegeh hegeh ingin berkawan dengan kau maka aku perlu mencari kau kemudiannya panah beracun kau tujukan kepada aku "you desperate sangat ke?" hmm dan kau pula bagaimana kau tidak mencari aku maka jadinya kau tidak mahu berkawan dengan aku adakah itu maksud kau bukan meminta dicari cuma ahhh xada apa apa lahh mungkin kerna kita pernah rapat suatu ketika dahulu kau dan aku saling cari mencari mungkin perubahan keadaan membuatkan aku berasa begitu ya kita tidak lagi seperti dahulu kau dah berubah begitu juga aku kita tidak saling memerlukan lagi walaupun sebagai kawan aku pendusta jika mulut ku lancang berkata aku tidak sedih kecewa tapi harus cerminkan diri dan berkata "salah kau kau mulakan dulu terima lah apa yang dah berlaku ubah perangai kau supaya kau lebih baik" tidak mengapa ya aku harus berhenti dari terus mencari kau aku harus berhenti dari terus mengharapkan filem camera digulung semula ke masa dahulu tanganku perlu diikat ketat ketat supaya ia setia mencari nama kau di kaca screen talipon fikiranku mesti di overhaul agar perjalanan kenderaan berselirat ini tidak terhenti pada potrat kau dan begitu jugalah untuk semuanya walaubagaimana pun parut benaman peluru kau itu masih dibasahi darah aku perlu berubah ya aku perlu berubah parut ini harus kujadikan sebagai tugu peringatan

#ini bukan drama dan aku bukan pendrama

No comments:

Post a Comment