setiap kali ku terbangkan rocket kertas fikiranku jauh ke bulan dan bintang pastinya rocket kertas itu akan terhenti pada lukisan senyuman kau tidak tahu kenapa tidak tahu bagaimana fikiranku rancak melukis gambar kau walaupun telah lama ku buang kertas tertulis tentang perasaan aku terhadap kau ke dalam longkang yang penuh dengan kertas kertas masalahku mengapa harus tercipta potrat kau setiap kali aku duduk sendirian tiada perasaan tiada angan angan kau tetap muncul mungkin kerana kau lah hadiah dari Dia yang dipinjamkan sementara waktu untuk aku hadiah yang diberi setelah kering peluh mata ku memandang jauh warna warni cerita di belakangku kau telah dipinjamkan kepada ku untuk aku padam lakaran pensel warna yang telah ku conteng sehingga warna tidak lagi dipanggil warna pudar setelah sekian lama kukejar pelangi nun jauh dihujung sana larian ku terhenti apabila kau berjalan selamba dihadapan aku aku yang sebelum nie berlari sendirian tanpa kelibat siapa siapa pon dihadapan disebelah kiri dan kanan di belakang terhenti aku berhenti berlari dengan harapan aku tidak lagi berlari ya setelah lama kita berbual ketawa tersenyum aku berhenti dari terus berlari pelangi yang kukejar kini bukan lagi matlamat aku tidak tahu mengapa tapi itu lah yang kunyanyi kan semuanya setelah aku terserempak dengan kau hari demi hari mata ku tidak lagi menoleh ke arah warna warni cerita dibelakang ku aku gembira tapi mungkin kerana aku terlalu berhati hati berjalan lama tanpa henti disamping kau aku tidak sedar kaki kau melecet melecet kerana aku tidak pernah berhenti tidak pernah berhenti mengajak kau berjalan jalan aku sunyi aku sepi aku perlukan teman tapi aku tidak sedar kau juga perlu berehat kau juga perlukan kerusi untuk kau duduk hilangkan lelah aku degil aku pentingkan diri akhirnya kau tidak lagi mahu berjalan bersama sama dengan ku luka di kaki kau yang berpunca daripada aku semakin parah semua kerana aku aku sedih aku kesal tapi luka dikaki kau telah meninggalkan parut yang membuatkan kau serik untuk terus berjalan bersama aku aku akur aku hormat kini kau bukan lagi peneman aku untuk berjalan kau hilang tiada jejak kini aku kembali sendiri berjalan mencari diri sendiri terima kasih aku ucapkan kepada kau dan juga pelangi itu kerna kau berdua telah mengajar aku banyak perkara kau berdua telah mambuatkan aku berfikir tentang banyak perkara aku kini sedang melangkah kehadapan mencari sinar baru mencari sinar baru terima kasih atas pengajaran yang telah kau beri akan kujadikan sebagai panduan dalam setiap langkah langkah hidupku terima kasih
#ini bukan drama dan aku bukan pendrama
No comments:
Post a Comment