budak perempuan itu hanya akan bermain dengan kotak muzik lamanya itu jika dia merajuk dengan kotak muzik barunya dia hanya akan bermian dengan kotak muzik lamanya jika kotak muzik barunya itu tidak dapat berfungsi dengan baik kotak muzik barunya itu sangat cantik dengan hiasan warnanya dan selalu mengeluar melodi yang merdu dan indah budak perempuan itu akan tersenyum riang bila bermain dengan kotak muzik barunya itu banyak perkara yang dicerita banyak cerita yang dibicarakan oleh budak perempuan itu dia sangat gembira bila bermain dengan kotak muzik barunya itu kotak muzik lamanya pula sangat buruk melodi yang dikeluarkannya puyla tidak semerdu kotak muzik barunta itu walaupun kotrak muzik lamanya itu berusaha untuk menghiburkan budak perempuan itu budak perempuan itu tetap tidak gembira dia tidak mampu mengukir senyuman bila kotak lamanya itu riang menghiburkannya kotak muzik lamanya itu disimpan jauh daripada pandangan budak perempuan itu iaitu dibawah katilnya dibawah katilnya yang penuh dengan barang permainannya yang telah rosak dan punah disitu lah dimana kotak lamanya disimpan manakala kotak barunya pula disimpan baik diatas almari soleknya yang dihias cantik ada ketika kotak muzik barunya itu akan dibawa bersama budak perampuan itu apabila dia hendak tidur kotak muzik barunya itu diletakkan bersebelahan dengannya diatas katil dan dibiarkan terbuka mengalunkan melodi untuk dibawa bersama ke dalam mimpinya ke mana sahaja budak perempuan itu pergi pasti kotak barunya itu akan dibawa bersama kotak muzik lamanya itu seringkali terlihat budak perempuan itu bermain riang dengan kotak muzik barunya itu kotak muzik lamanya itu hanya mampu melihat tidak dapat berkata kata bisu mulutnya terkunci dan hanya dapat berbicara jika kunci dimulutnya dibuka kotak muzik lamanya itu ingin benar berbain dengan budak perempuan itu tetapi budak perempuan itu hanya akan mencari kotak muzik lamanya itu bersedih dan merajuk dengan kotak muzik lamanya itu bermain dengan perasaan hiba tidak tersenyum walau sedikit pun
#ini bukan drama dan aku bukan pendrama

No comments:
Post a Comment