15/02/2012

Aku Bukan Seperti Mereka.

Fadya cakap, " i nak boyfriend i adalah seorang fotografer ataupun designer ataupun artis ataupun ahli muzik, tapi mak tak suka ahli muzik." Tiba tiba aku bercakap tanpa suara, "ada apa pada mereka semua tu?" Oh. Aku tak seperti fotografer, yang mampu menghuraikan seribu cerita menarik seperti gambar gambar yang mereka ambil. Aku tak juga seperti designer, pandai memilih pakaian untuk disesuaikan pada tubuh. Aku tak pandai bergaya. Mungkin kerana itu aku nampak makin tak hensem. Aku tak pula seperti artis, yang rata ratanya milik rupa sempurna, kacak bergaya, tinggi mengalahkan galah, serata dunia mengenali dia yang bergelar artis, seisi dunia jatuh melihat dia yang bergelar artis. Dan aku juga tak seperti ahli muzik, yang biasanya berjiwa romantis, pandai berbicara menyusun kata, hanya satu lagu sudah mampu membuat hati si pacar meleleh cair. Ya, aku bukan seperti mereka. Hidup aku bosan. Tiada apa yang menarik. Sedikit kecewa kerana tak mampu buat kau tertarik.



#kenapa tiba tiba aku rindu kau?

No comments:

Post a Comment