28/05/2012

Pahit tapi manis.

Susah. Tapi kalau aku tak buat aku bakal mati. Tiada pilihan. Nak tak nak aku terpaksa juga buat. Karena aku dah tak ada pilihan lain. kalau aku pilih itu, aku mati. Kalau aku pilih yang tu pula, pun aku akan mati juga. Hanya ini sahaja kuih yang tinggal. Ya. Memang pahit. Tapi aku dah ada pilihan lain. Terpaksa aku kunyah juga. Sebab aku tahu, disaat serpihan kuih yang hancur meluncur masuk ke terowong tekak, aku yakin rasa manis itu pasti akan melompat tinggi juga. Sebab manisnya kuih yang pahit itu, kita semua tak tahu. aku tak tahu, kau tak tahu, dia tak tahu, semua tak tahu. Tapi aku yakin. Aku yakin disaat perut dicincang, ditikam, ibarat luka lama disapu cuka, pedih, ketika itu dihidangkan kuih yang aku tak pernah tahu asal usulnya, apa rasanya, ramuan yang disebatikan, aku lapar, badan aku bergeletar, jika aku tak ratah, aku mati. Ya.  Aaku tak ada pilihan bila mana manusia yang menghulurkan kuih itu mengrungkai kata, berbicara, mengkhabarkan berita, "tiada lain untuk kau disini, carilah, ya, kau akan dapat juga hidangan yang lebih hebat dari ini, tapi yakinlah dengan kata kata aku, hidangan itu hanya indah permai di mata, ya, memang lazat, tapi khasiatnya tidak mampu buat kau hidup lama". Aku bertanya kenapa. Ibarat syair sedih, mengalunkan suara merdu si pembaca syair, ibarat angin yang terperangkap didalam gegendang telinga. Berdesing. Sakit. Ya, hidup ini kejam. Kejam bagi sesiapa yang tak tahu menilai peluang. Kejam bagi sesiapa yang sombong dengan peluang. Yang pahit itu kutelan juga. Kunyah sampai jadi cecair. Walaupun susah, walaupun payah, walaupun sukar, aku telan. Sebab aku tahu yang manis itu dapat kurasa bilamana pahit tidak lagi berbisa.

No comments:

Post a Comment