09/06/2012
*Mengeluh
Ya. Hidup aku mati aku, aku sendiri yang tanggung, aku sendiri yang tahu. Korang semua tak akan ambil tahu. Perit gerit susah payah, kau orang cuma tahu gelakkan. Kau orang cuma tahu salahkan. Kau orang cuma tahu menyalahkan dari sudut yang salah. Betul kata mereka. Orang suka hati tengok kita susah, susah hati tengok kita senang. Kau cuma pandang dari sudut yang tak patut kau pandang. Hey! Satu jari kau tuding ke arah aku, empat jari kau sendiri teguh menyalahkan kau. Ya lah, kau sahaja yang bagus, kau sahaja yang pandai. Orang pandai macam kau memang patut dipandang disanjung dilambung. Orang bodoh menyusahkan mak bapak macam aku kau hina kau ludah dengan kahak kuning kau hingga kan niat aku tak membawa apa apa makna. Terima kasih. Hanya orang yang berdamping sentiasa ada dengan aku sahaja yang tahu kebenaran. Hanya mereka sahaja yang tahu apa aku lalui. Ya, orang asing yang bukan dari darah daging keturunan aku yang lebih tahu. Dan kau? Huh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment