02/07/2012
Perancangan.
Dulu. Aku selalu memikirkan, tentang apa yang bakal berlaku dalam hidup aku. Apa kesudahan ceritaku. Bagaimana tamatnya riwayat hidupku. Dengan jalan dan laluan hidupku dulu, aku masih tidak dapat melihat dengan jelas. Bagai ada kabus tebal. Berarak mencorak masa depan. Angin bertiup kuat. Tak bagi apa apa kesan terhadap rambut kerinting keringku. Tangan kiri meraba perlahan menerobos poket. Dan sebelahnya lagi erat menyelit cengkih pada jari jemari. Sehari kalau tak kena cengkih tak soon. Kepala masih memikirkan tentang masa hadapan. Kupejamkan mata. Jauh. Nun jauh di sana. Tak tahu mana hentinya pandangan gelap. Ku merangka. Ku merancang. Sesuatu yang harus aku lakukan untuk diri aku, keluarga aku, teman temanku, dia, dan keliling aku. Perancangan teliti harus aku susun. Dan aku tahu, apa yang bakal aku susun mungkin juga akan berterabur. Berselerak. Tabah. Persiapkan diri untuk aku takluk dunia. Persiapkan diri aku untuk menghadapi permainan dunia. Persiapkan diri aku untuk segalanya. Family. Aku harus buat mereka terpinga sambil berkata "I'm proud of you. We proud of you, son." Cukup bagi aku. Selama ini, ludah, kahak, batu, tanah, malahan tahi harus aku bersihkan. Ya, siapalah aku untuk kau bersama sama dengan impian aku. Seolah olah aku tak tahu erti hidup hinggakan kesemua penulisan aku kau koyakkan. Pedih. Tak mengapa. Hanya penghujungnya sahaja yang akan menentukan segala jawapan. Sebab aku nak korang bahagia. Itu sahaja. Bagi kalian yang bersama susah dan senang, pahit dan getir, perit dan gerit, tiada lain hanya yang terbaik aku doakan. Semoga kita sama sama berjaya merentas kepayahan. Dan kau. Aku suka kau. Tapi aku tak tahu apa kau rasa. Kerna kau tak pernah tunjukkan apa yang kau rasa. "Aaahhhh" Menggeliat sambil tersenyum panjang. Perancangan yang aku anggap kebudak budakkan. Ya. Aku sedang persiapkan diri aku untuk berhadapan dengan kau. Sebab.. Aku tahu aku tak punya apa. Rupa, harta dan cerita. Aku lebih kenal siapa diri aku. Jauh berbeza dengan kau dan mereka. Mungkin, apa yang aku lakukan hari ini, adalah usaha aku yang terakhir untuk kau. Suatu hari nanti, aku ingin melamar kau. Dalam keadaan yang berbeza. Dalam keadaan aku bukan seperti dulu. Aku cuma mahu kau berbangga dengan diri aku. Berbangga dengan perjuangan aku. Persiapan aku hari ini, tiada lain, cuma mahu membuat kau rasa kau adalah perempuan yang paling bertuah sekali. Aku nak buat kau rasa special. Aku nak tengok kau tersenyum. Hanya kerana aku. "Wateva it is, i'll support you. Asalkan you pandai jaga diri. Thats more important. Semua bermula dari diri kan. So jaga diri. Hehe." Cukup buat aku rasa kuat dengan perjalanan aku. Tapi. Mungkin waktu itu, kau sudah berpunya. Mungkin juga waktu itu tak akan tiba. Mungkin waktu itu juga aku masih tidak dapat selesaikan permainan ini. Kerna aku tidak ada tarikh dan masa yang specific. Ya, banyak benda boleh berlaku dalam permainan ini. Kau pun tahu... Tapi jika kau sudah bersedia untuk bersama sama dengan impian aku, aku tak akan teragak agak untuk menerima. Itu yang aku tunggu. Sebab aku tak tahu nak bermula. Takut pun ada. Ya, aku si pengecut. Perlahan kubuka mata. Langit malam ku tenung dalam. Meminta Dia, bersama dengan perancanganku. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment