11/02/2012

BestFriend.

Kadang - kadang bila aku duduk sorang sorang pikir pasal kau, aku rasa seperti aku nak jadi lebih dari kawan baik kau. Kawan baik?Seperti yang kau katakan. :) Yeah, lebih dari kawan baik. Aku tah tahu kenapa, perasaan yang dah luput 2 tahun lepas tiba tiba muncul kembali. Mungkin sejak kita mula rapat balik. Aku nak kongsi semua dengan kau. Kongsi rokok yang kau hisap, Walaupun aku tak hisap rokok. Kongsi apa yang kau rasa. Sedih, suka, gembira, ketawa. Nak cuba pura pura jadi comel macam kau walaupun aku tahu aku tak comel. Aku nak jadi ayah kau. Aku nak jadi mak kau. Aku nak jadi adik kau. Aku nak jadi akak kau. Aku nak jadi abang kau. Aku nak jadi benda yang kau suka. Aku nak jadi kucing supaya kau tersenyum bila melihat aku. Marah bila melihat aku. Menyampah melihat aku. Tapi masih, kau mahu peluk erat aku. Tapi masih, Kau akan bawa aku tidur bersama kau. Aku nak jadi semuanya untuk kau. Asal kan aku dapat tengok kau senyum comel. Sebab apa yang kau ilustrasi kan kepada aku selama nie hanya lah lukisan sedih. Aku dah penat tengok kau sedih menangis. Sekali sekala terlintas kat hati aku nak jadi orang yang boleh buat kau bahagia. Tapi aku tahu, kita terbatas kan? Kau hanya tetapkan aku sebagai kawan baik.

2 comments: